Tuesday, May 17, 2011 | By: anisadlyana

Siri baru ~ Chronicle Gincu...


Fuh!!
Berabuknya blog ni. Nasib baik tak ada sistem sarang labah-labah dalam blog ni. kalau tidak, tentu sudah penuh dengan sayang labah-labah. *___*

Harap-harap semua sudah dapatkan novel Salji Pertama.
Masih ternanti-nanti feedback daripada semua pembaca...

Sekarang sedang sibuk dengan sebuah lagi siri Chronicle.
Tetapi bukan siri Chronicle 301.
Sebuah lagi siri baru iaitu Chronicle Gincu. Kali ini bergandingan dengan 3 penulis lain antaranya 2 penulis yang sudah terkenal iaitu Farihah Iskandar, Norashikin Wahid dan seorang penulis baru yang tidak kurang hebatnya.

Kalau siri chronicle 301 membawa watak pelajar universiti. Berbeza pula dengan siri Chronicle Gincu. Wataknya adalah 4 orang gadis bekerjaya.

Dalam siri ini saya membawa watak Dhia, seorang pereka hiasan dalaman yang mempunyai 3 teman rapat iaitu Jiha, Qis dan Fara. Mereka pernah belajar bersama-sama di luar negeri.
Watak Jiha, seorang konsultant yang gilakan cerita Korea.
Watak Qis, pensyarah di sebuah kolej swasta sebenarnya warak tetapi suka bergaya
Watak Fara, wartawan di sebuah majalah DIVA, miss perfectionist.

Temanya adalah persahabatan dan cabaran dalam kerjaya. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Warna kehidupan umpama gincu. Pasti ada satu yang sesuai dengan dirimu.