Saturday, February 20, 2010 | By: anisadlyana

Sinopsis untuk Semester Dua?

Penulis tersohor, Qayyum Nur merangkap ketua penulis bagi siri Chronicle 301 sudah menagih sinopsis daripada penulis amatur seperti saya bagi buku yang kedua.
Kesibukan yang melanda membuatkan saya masih terfikir-fikir bagaimana sambungannya.
Para pembaca semua ada cadangan?
Apa cerita Nisa? Ibu bapanya mahu dia pindah dan duduk di rumah sahaja. Patutkah Nisa meninggalkan bilik 301 itu?
Tentu susah nanti dia hendak mendekati abang senior yang sering menjadi sumber inspirasinya itu. Apa pula perkembangannya dengan Si Adly?