Tuesday, May 17, 2011 | By: anisadlyana

Siri baru ~ Chronicle Gincu...


Fuh!!
Berabuknya blog ni. Nasib baik tak ada sistem sarang labah-labah dalam blog ni. kalau tidak, tentu sudah penuh dengan sayang labah-labah. *___*

Harap-harap semua sudah dapatkan novel Salji Pertama.
Masih ternanti-nanti feedback daripada semua pembaca...

Sekarang sedang sibuk dengan sebuah lagi siri Chronicle.
Tetapi bukan siri Chronicle 301.
Sebuah lagi siri baru iaitu Chronicle Gincu. Kali ini bergandingan dengan 3 penulis lain antaranya 2 penulis yang sudah terkenal iaitu Farihah Iskandar, Norashikin Wahid dan seorang penulis baru yang tidak kurang hebatnya.

Kalau siri chronicle 301 membawa watak pelajar universiti. Berbeza pula dengan siri Chronicle Gincu. Wataknya adalah 4 orang gadis bekerjaya.

Dalam siri ini saya membawa watak Dhia, seorang pereka hiasan dalaman yang mempunyai 3 teman rapat iaitu Jiha, Qis dan Fara. Mereka pernah belajar bersama-sama di luar negeri.
Watak Jiha, seorang konsultant yang gilakan cerita Korea.
Watak Qis, pensyarah di sebuah kolej swasta sebenarnya warak tetapi suka bergaya
Watak Fara, wartawan di sebuah majalah DIVA, miss perfectionist.

Temanya adalah persahabatan dan cabaran dalam kerjaya. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

Warna kehidupan umpama gincu. Pasti ada satu yang sesuai dengan dirimu.

9 comments:

shilfie said...

hai kak anis^^ sya shilfie (shilfiemojinol.blogspot.com)..he
nak tnya ckit..knapa novel ni mula dengan title 'chronicle' ? saya sebenarnya baru saja mengikuti perkembangan novel2 ni..saya sekarang dalam proses mnghabiskan chronicle salji pertama ! best!good work :)

Iman Najjwa said...

hem....tajuk je dh mengiurkan student giler novel cm sye nie...hehe...tak kesah lah ape pun..rase x sabar nk join sekaki bace novel ue....cepat2 lah siap..hehehhe....novel salji pertama ue..tgh tgu turn bawak masuk bilik nk ngadap..hehe...papepun..keep going lah!!!sokong!!(imannajjwa0711@gmail.com)

honney girl said...

menarik cerita ini .. saya sudah mahu menghabiskan ke bab Dhia .. tapi cerita ni banyak yg t'ptg-ptg tapi tdk mengapalha saya sungguh meminatinye .. hope cerita ni ade siri kdua pula ...

primrose said...

OMG! Saya baru beli semalam. Finally, ada buku chic-lit utk career woman yang dah lama saya nantikan. Hopefully lebih byk buku mcm ni :)

C said...

saya dah baca dah novel ni . habiskan novel ni in my final exam week . gelabah sangat nak baca . BEST gila !! semoga buat novel yang lebih gempak dari ni :D cayyokkk !!

Hadi Hazimi said...

Best ke cite dia Kak Anis ? Saya baca buku Chronicle 301 Salji Pertama memang terbaik, ;D, Kegemaraan penulis buku : Kak Anis, Nisa memang budak yang sabar, Memang best sangat.. Ni Rasa nak beli buku Chronicle Gincu.. Mesti best, :D, Good Luck Kak Anis.. :D

izzatiadrina said...

saye dh bace bukunye.yang paling sweet ialah antara farah dan hezzy.x ade sambungannyer kerw???

Izreen said...

Best ke citer Chronicle Gincu tu? Saya dah beli tapi belum baca... Hehehe

Unknown said...

wah...sy elum dapat jumpa lagi buku CHRONICLE GINCU ni...harap dapat jumpa buku ni cepat..

Post a Comment